[VIDEO] “Kenapa Pula Nak Raya Dengan Ex Suami…” Netlzen Persoalkan Abby Abadi Beraya Bersama Norman, Skali Abby Bersuara

Sambutan hari raya keluarga besar pelak0n Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim menjadi perhatian netizen.

Nampaknya ada juga yang meluahkan rasa kuranh senang melihat keakraban hubungan ukhwah di antara Abby, suaminya, Faizal, Norman dan juga isterinya aktres Memey Suhaiza.

Abby bagaimanapun tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaharu di Instagram berkenaan perkara tersebut. Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan f!tnah terhadap keluarga bahagia mereka.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Abby Abadi (@abbyabadi_official)

“Sambung video raya pertama hari itu dengan sedikit cerita supaya tidak ada yang iri dan berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni… Tolong ubah mentaliti.

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis… Kenapa mesti nak raya sama-sama?Keluarga sendiri kan ada.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh wifeyNH (@memeysuhaiza)

“Kenapa begitu kenapa begini… Banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergad0h? Suka? Tambah gar4m, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?” coretnya.

Malah Abby juga mendedahkan sebelum ini terdapat juga selebriti yang mempersoalkan keakraban keluarga mereka.

“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan EX.. bla bla bla.. Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu.

“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah macam ni. Memang kemana-mana pun plan sama-sama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?” tulisnya.

Abby juga berharap semoga dengan penjelasan tersebut, tiada lagi persoalan atau sangkaan negatif terhadap mereka dan hanya doa yang balk-balk sahaja diberikan selepas ini. “Lebih tragis ada roma’ yang k0men kata raya masih nak kan Norman… Aiyoo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu. “Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang balk-balk untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNYA.

“Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga FirdausiNYA. Buat balk dan berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” jelasnya.

Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpis4h pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17 dan Maria Danisha Hakim, 14. Abby kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal pada tahun 2015 dan bahagia dengan suaminya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "[VIDEO] “Kenapa Pula Nak Raya Dengan Ex Suami…” Netlzen Persoalkan Abby Abadi Beraya Bersama Norman, Skali Abby Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*