[VIDEO] Netizen Kagum Anak Umur 9 Tahun Kumpul Duit Raya, Hadiahkan Ibu Cincin Emas.

Seringkali kita dengar tentang peng0rbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kerana perkara tersebut merupakan tanggungjawab yang wajib dijalankan apabila bergelar ibu bapa.

Namun, kali ini lain pula ceritanya apabila seorang kanak-kanak lelaki yang sanggup berkorban dengan bekerja dan mengumpul duit raya untuk membelikan emas ibunya.

Melalui perkongsian TikT0k oleh pengguna yang dikenali sebagai Yana, video yang dimuat naik itu telah berjaya menarik perhatian warganet oleh kerana pengorbanan kanak-kanak itu yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk membelikan ibunya barang kemas sebagai hadiah.

 

Selain itu, dikatakan kanak-kanak itu juga yang menandatangani resit dan bercakap sendiri dengan staf yang bekerja untuk membeli cincin bagi ibunya.

Tambahan pula, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang juga pemilik video TikT0k itu memuji anaknya sebagai seorang yang tidak berkira dan mendoakan anaknya supaya dimurahkan rezeki.

Beralih ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan kanak-kanak itu dan berasa kagum dengan apa yang dilakukan hanya pada usia 9 tahun.

Sumber beautifulnara

Be the first to comment on "[VIDEO] Netizen Kagum Anak Umur 9 Tahun Kumpul Duit Raya, Hadiahkan Ibu Cincin Emas."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*