[VIDEO] Uruskan Bila Buang Air Besar, Netizen Puji Sikap ‘Ringan Tulang’ Suami Tolong Isteri Jaga Anak.

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pastinya saling bert0lak ansur dalam membesarkan cahaya mata walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa.

Golongan ibu semestinya lndividu yang sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak manakala si ayah selalunya keluar mencari rezeki untuk keluarga.

Walaupun ada golongan ayah yang hanya mampu meluangkan masa dengan anak sekali sekala, ia bukanlah sebab untuk golongan ayah bersikap ‘lepas tangan’ dalam menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikT0k yang dikenali sebagai @eirajangok di mana suaminya yang bersikap ‘ringan tuIang’ dalam menjalankan tugas sebagai seorang ayah.

 

Dalam video itu, suami kepada pemilik video TikT0k berkenaan menolong membersihkan najis anaknya tanpa mengharapkan isterinya melakukan semua perkara.

Perkara yang dilakukan ayah tersebut rata-rata mendapat pujian dan ramai yang bercerita tentang pengalaman rumah tangga dalam membesarkan anak-anak menerusi ruangan k0men.

SUMBER : TikTok

Be the first to comment on "[VIDEO] Uruskan Bila Buang Air Besar, Netizen Puji Sikap ‘Ringan Tulang’ Suami Tolong Isteri Jaga Anak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*