[VIDEO] “Kaya mendadak”Saja bantu jaga ‘trafik’ bendang, budak lelaki tersenyum tak sangka ramai hulur duit raya sekali.

Jika dapat kita lihat, Aidilfitri tahun ini jelas sekali terasa kemeriahannya.

Bukan itu sahaja, lebuhraya juga mengalami kesesakan teruk sehingga kebanyakan jalan alternatif di kawasan perkampungan juga terkesan.

‘Makan besar’ jaga trafik tepi bendang.

Mengambil kesempatan itu, sekawan budak lelaki telah mewakilkan diri mereka untuk mengawal kesesakan di kawasan bendang.

Namun, masing-masing tidak menyangka niat murninya dibalas baik oleh ramai kenderaan yang lalu di kawasan itu.

Mereka dengan senang hatinya menghulurkan duit raya kepadanya dan rakan seperjuangan kerana sudi membantu permudahkan perjalanan kenderaan lain.

Sedar tak sedar, duit raya yang diterima sepanjang hari itu penuh satu beg plastik sekaligus membuatkan warganet ikut kagum dengan mereka.

“Nanti nak try kat highway”

“Nangis budak tengok ni”

Sumber:Redaksi.com

Be the first to comment on "[VIDEO] “Kaya mendadak”Saja bantu jaga ‘trafik’ bendang, budak lelaki tersenyum tak sangka ramai hulur duit raya sekali."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*