[VIDEO] Kepenatan jaga anak usia 3 bulan, ibu muda masih sekolah tertidur dalam kelas.

‘Kahwin muda’ sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita. Walaupun ia jarang berlaku, namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut.

Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai seorang isteri serta ibu walaupun masih lagi belum menghabiskan zaman persekolahan.

Tertidur  dalam kelas sebab penat jaga anak.

Akan tetapi, tugas sebagai isteri dan ibu bukanlah suatu tugas yang ringan lebih-lebih lagi jika masih bergelar pelajar sekolah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @leaarissaa apabila tertidur di dalam kelas kerana penat menjaga anaknya berusia 3 bulan pada waktu malam.

 

Tahan ngantuk jaga bayi

Dalam perkongsian itu juga, dia sempat berkongsi gambar pada waktu malam dimana dia perlu menahan rasa mengantuk walaupun esok pagi harus ke sekolah demi menjaga bayi yang berusia 3 bulan.

Semangat dik jadi budak sekolah dan ibu.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Walaupun ada diantara mereka mempertikaikan kembali keputusan untuk mempunyai anak pada usia yang sangat muda, namun masih ada yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Mereka juga mengakui tugas sebagai seorang ibu dan dalam pada masa yang sama adalah seorang pelajar bukan satu perkara yang mudah untuk dijalani serentak serta memerlukan kekuatan yang tinggi untuk melaluinya.

Kena puji usaha masih nak pergi sekolah.

Suri rumah jaga anak pun dah penat apa lagi kena pergi sekolah.

Nikah muda kena turun naik mhkamah sikit.

Semoga semua dipermudahkan.

Sumber: TikTok @leaarissaa

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Kepenatan jaga anak usia 3 bulan, ibu muda masih sekolah tertidur dalam kelas."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*