“Walaupun saya seorang pend0sa tapi kehidupan saya lagi Islam dari mereka yang bertudung.” -Ifa Raziah

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila selebriti terkenal, Ifa Raziah dikec4m teruk netizen susulan satu rakaman video siaran langsungnya dimuat naik kembali oleh pengguna Tiktok di aplikasi tersebut.

Dalam video berkenaan, Ifa memaklumkan sudah tiga kali pergi mengerjakan umrah walaupun belum berhijab.

 

Pendakwah tegur ucapan Ifa
HaI tersebut mengundang perdebatan ramai sehingga beberapa pendkwah bebas menegur ucapan yang dikeluarkan oleh selebriti berkenaan.

Pendakwah berkenaan bimbang kata-kata yang keluar dari mulut Ifa menjurus kepada istidraj atau riak terhadap diri sendiri.

“Siapa orang itu nak letak saya ini istidraj?”
Walaupun sebelum ini ada kenyataan daripada pihak selebriti itu yang mengatakan dirinya menerima setiap teguran ataupun kritikan, namun menerusi temubual bersama Media Hiburan, Ifa mempersoalkan kembali tindakan sesetengah pihak yang  mengelarnya istidraj.

“Siapa orang itu nak letak saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja Tuhan.
“Setahu saya yang jahil dan seorang pend0sa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah S.W.T…nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pend0sa tapi kehidupan saya lagi Islam dari mereka yang memakai tudung.
“Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya ketika dihubungi sumber.

Dalam pada itu, Ifa juga menjelaskan berkenaan kenyataanya yang mengatakan sudah 3 kali menunaikan umrah walaupun berlum bertudung sehingga dituduh dengan pelbagao tohmahan.

Menurutnya, dengan rezeki yang diperoleh, dia boleh pergi kemana sahaja namun memilih untuk dekat dengan Rasulullah dan pergi menunaikan umrah.

Tak kisah dikrit!k
Dia juga menjelaskan faham dengan hukum membuka aurat adalah d0sa besar dan sebab itulah berharap supaya orang ramai dapat mendoakan agar suatu hari nanti dia berhijab serta menutup aurat sepenuhnya serta tidak kisah andai masih ada yang berkata tidak baik berkenaan dirinya kerana sudah lali dengan semua itu.

“Terpulang hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan.
“Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang b3nci pada saya pun tiada masalah.
“Dipuji saya takkan terbang, dih!na pun saya takkan tumbang,” katannya.

Sumber: Media Hiburan (Juliana Johar)

Via omm

Be the first to comment on "“Walaupun saya seorang pend0sa tapi kehidupan saya lagi Islam dari mereka yang bertudung.” -Ifa Raziah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*