[VIDEO] Tak pernah mengalah berkali kena ‘reject’, wanita kini bahagia bersama suami jarak usia 18 tahun

Baru-baru ini, tular akan pasangan suami isteri yang dilihat mempunyai perbezaan umur sehingga 18 tahun menjadi perhatian ramai.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ain Nani berusia 30 tahun, dia mengakui bukan mudah malah pernah beberapa kali men0lak cinta lelaki tersebut sebelum terbuka hati menerima Abd Rahman, 47 tahun.

“Kami mula berkenalan dekat Faceb00k pada tahun 2017. Masa kami masih dalam sesi perkenalan tu saya belum bersedia nak kenal lelaki lain sebab baru sahaja bercer4i.

Saya bimbang kalau bercinta waktu itu saya akan menyakitkan hati dia. Tapi dia tak pernah berhenti menghantar mesej bertanyakan khabar dan cuba untuk berborak. Namun saya tak layan pun sampai pernah bl0ck akaun Facebook dia.

“Tak sangka dia sanggup buat akaun Facebook baru lepas tu add saya semula,” kongsi pada mStar.

Bagaimanapun, sekitar tahun 2019 ibu kepada dua orang cahaya mata ini cuba membuka hati untuk mengenali jejaka berkenaan setelah melihat usaha yang ditinjukkan.

Namun, hatinya kembali goyang mengenangkan kisah kegagalan dalam rumah tangga apabila duda anak dua yang kematian isteri itu meminangnya pada 26 September 2021, meskipun begitu setelah yakin dia lelaki baik barulah pasangan ini mengikat tali pertunangan.

“Saya rasa bersalah sangat sebab pernah abaikan dia sebelum ini. Dia sanggup terima keburukan saya dan banyak bantu daripada segala segi,” ujarnya.

Nani juga bersyukur apabila suaminya itu adalah orang yang banyak mengubah hidupanya ke arah lebih baik.

“Dia banyak ubah saya jadi lebih baik. Apa yang boleh saya katakan, suami adalah seorang yang sangat penyayang. Nak makan pun tunggu saya habis rakam video makanan tu dulu, comel je,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Nani juga berlapang dada akan k0men-k0men netizen akan video yang dimuat naik di TikTok meskipun ada yang menyindir namun ada juga yang mendoakan kebahagian mereka.

Sumber : redaksi

Be the first to comment on "[VIDEO] Tak pernah mengalah berkali kena ‘reject’, wanita kini bahagia bersama suami jarak usia 18 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*