[VIDEO] “Hadaplah Kau..” – 15 Tahun Tak Pernah Bayar Nafkah, Wanita Tuntut RM78K Pada Bekas Suami

Biarpun sudah tidak bersama lagi, tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap bekas isteri serta anak-anak masih perlu dijalankan seperti biasa. Antaranya adalah memberi nafkah kepada mereka.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh wanita di TikTok ini lain pula. Difahamkan, beliau tidak menerima sebarang nafkah, meskipun sudah 15 tahun berpisah dengan bekas suami.

Melalui video yang dimuat naik, nafkah tertunggak yang tidak dibayar oleh bekas suaminya itu adalah sebanyak RM78,000.

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, hampir kesemua netizen berasa terkejut apabila mengetahui jumlah yang tertunggak boleh mencecah sebanyak itu.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang berkongsikan kisah yang sama seperti apa yang dilalui oleh wanita itu.

Sumber beautifulnara

Be the first to comment on "[VIDEO] “Hadaplah Kau..” – 15 Tahun Tak Pernah Bayar Nafkah, Wanita Tuntut RM78K Pada Bekas Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*