“Sama2 reda & move on..” [VIDEO] Sertai majlis ilmu, AKSl mesra Erra & Lisa dipuji

Kemesraan dua pelakon popular, Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani dalam satu majlis ilmu pada Jumaat lalu mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya kelihatan tidak kekok antara satu sama lain.

Menerusi satu video di laman Instagram, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek meluahkan kesyukuran apabila dapat berkumpul dengan rakan selebriti dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Erra Fazira (@errafazira)

Berdasarkan kapsyen, primadona filem Melayu itu berharap ilmu diterima menjadikan dirinya terus beristiqamah sekali gus dapat menyebarkan manfaat kepada orang ramai.

“Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga..
“Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah.. amiiinnnn,” tulisnya.

Rakaman rawak berdurasi seminit 30 saat itu memaparkan suasana majlis tersebut sebelum kelihatan Lisa seolah-olah berkongsi rasa gembira sambil berbual dengan Erra serta beberapa pelakon wanita lain.

Meninjau ke ruangan k0men, Lisa yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim ada meninggalkan komen pada p0sting berkenaan memaklumkan dia gembira dapat berjumpa dengan pelakon filem Pasrah itu.

“Nice to see you Kak. Sangat menginsafkan bila dengar perkongisan ustaz. bercampur perasaan takut. Moga hati2 kami ini diteguhkan…
“…supaya sentiasa cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah di jalan yang diredhaiNya. Aamiin Ya Rabb,” kata Lisa.

Rata-rata memuji keakraban kedua-dua pelakon tersebut yang bersikap terbuka dan ‘move on’ daripada kisah lama selain menjaga ukhuwah serta siraturahim sesama insan.

Sama2 reda & ‘move on’!

Indah pergaulan Erra & Lisa…

 

Sumber: Instagram Erra Fazira & Echolalia Pictures

Via omm

Be the first to comment on "“Sama2 reda & move on..” [VIDEO] Sertai majlis ilmu, AKSl mesra Erra & Lisa dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*