“Sini bro aku ceritakan, bawa Iswara pun boleh dapat awek spek bidadari,” 

Tidak dinafikan selain rupa, terdapat segelintir lndividu mengambil kira jenis kereta yang digunakan kekasih mereka agar mencapai ‘standard’ mereka dalam menjalani hubungan cinta.

Namun bagi seorang pemuda ini, dia sudah pasti bersyukur apabila mempunyai teman wanita yang tidak memandang s0al harta meskipun dirinya hanya memandu kereta jenis Proton Iswara.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikT0k baru-baru ini, @_fxrhn dengan bangga berkongsi cerita bahawa dia juga berjaya memiliki kekasih cantik walaupun tiada kenderaan semewah orang lain.

“Kereta banyak jasa”

Sini bro aku ceritakan, bawa (pandu) Iswara pun boleh dapat awek spek (spesifikasi) bidadari,” tulisnya dalam video berdurasi 15 saat itu.

Video tersebut memaparkan @_fxrhn merakam dari luar kereta berwarna merah itu sebelum menunjukkan wajah teman wanitanya yang tersenyum sambil tersipu-sipu malu di tempat duduk penumpang hadapan.

Meninjau ke ruangan k0men, video meraih hampir 813,200 tontonan itu menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta tips bagi memikat gadis seperti dilakukan pemuda berkenaan.

Malah, segelintir mereka menyifatkan sudah cukup bersyukur mempunyai kereta tu asalkan gaji ‘selevel’ memakai kenderaan jenis mewah.

Ada kereta lain kan?

Minta tips sikit.

Janji ada aircond…

Myvi pun kalah ni.

Takpe janji gaji level Range Rover.

Namun jika diperhatikan video lain dikongsi @_fxrhn, ternampak juga dia sering memandu Mercedes-Benz. Tapi bila ditanya netizen seperti di atas, katanya hanya pinjam sahaja.

Apapun, moga gadis cantik itu dapat menerima kekurangan dirinya dan bercinta dengan ikhlas tanpa memikirkan tentang harta!

Sumber: TikTok @_fxrhn

Via omm

Be the first to comment on "“Sini bro aku ceritakan, bawa Iswara pun boleh dapat awek spek bidadari,” "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*